Tuesday, August 31, 2004

Sorotan Dua Minggu Versi Melayu

Begitu banyak perkara telah berlaku sejak kali terakhir aku meng"update"kan blog ini.Minggu pertama selepas cuti semester menyaksikan pelbagai markah untuk Test One.Alhamdulillah semua subjek masih di tahap memuaskan,sekurang-kurangnya lebih baik dari semester sebelumnya.Jika sebelum ini aku sudah tidak berminat lagi untuk subjek Financial Accounting namun kini subjek tersebut menjadi salah satu subjek kegemaran.Titas juga berjaya di"drop"kan pada semester ini,So bertambah ringanlah beban pelajaran aku sem ni.

Pada hari Sabtu pula Ed aka El Adree telah ke mari untuk konvonya.Sempat pergi meraikannya walaupun sudah terlambat.Malam tersebut plan utk menge"pow' kereta Ed tidak menjadi apabila dia sudah melarikan diri ke Kolej Jati.namun keesokan harinya Ed telah ke rumah dan aku pun bawak la die pi jalan2 Kl.Tak ke mana pun pi Times Square usha2 roller coaster,pi Sg wang makan pastu terus balik sebab ed nak balik Ipoh kul 3 petang.Kitaorang pi 4 orang je Amir ngan member dia lg sorang.Sori Ye Ar tak Ajak...kete tak muat..

Cerita berkenaan konvo ni,ramailah pulak memember yang konvo kali..antaranya Ar,Husni,Amir,Ed,Noorun,Asmirah dan mungkin ade lagi yang tertinggal..namun aku berjaya pi konvo ed sahaja..kepada yang lain sorilah sebab tak datang...anyway congratulations...nanti aku konvo nanti jangan tak datang pulak..kalo datng tu bawak la hadiah skali yek..dahla diploma dulu tak konvo..padan muka ko....

Seterusnya cerita pasal "test of body resilient on riding bikes in a long journey".Ha apebende plak ni..sebenarnya next sem dah nak kena praktikel,so aku kena la bawak balik moto ex5 ni ke Ipoh,takkan nak ditinggalkan di shah Alam ni 6 bulan.so memandangkan aku ni tak penah bawak moto on long journey..aku pon buat la test ke atas diri ini.Lagipun petang Ahad aritu takde mende nak buat,So aku pun gerak la dari umah Seksyen 7 kul 5.30 ptang isi minyak full tank then masuk federal.Actually aku tak set pon mind nak pi mana,pakai ikut gerak hati je..Dari federal aku pun trus kuar kat npe then pi jalan loke yew,dari situ aku jumpelah Petaling street on the other side.belah belakang ps...then aku pi area jln sultan ismail plak...ingat ank trus ke ampang tapi tak jadi sbab ternampak plak signboard jalan semarak...So masuk la Jalan Semarak..jumpe le UTM ngan PULAPOL kat situ...pastu pi plak kat jalan Pudu masuk belah2 blakang penjara tu....sesat sket2 then tembus ke Times square....Jam pun menunjukkan 7 malam..aku pun ingat terus nak proceed ke Cheras..alih2 naik Highway Sg besi trus terambik Npe balik ke S.alam...So journey aku pun berakhir di situ je...Total Kilometers is 84.7km in 2 hours non-stop....Balik umah je kul 8 malam.

So aku ingat nak buat lagi skali mende ni tapi kali ni maybe 4 hours non-stop..the exact time for a journey from Shah Alam to Ipoh by Honda Ex5..Maybe I'll explore Cheras and Ampang..Dapat jugak belajar2 jalan2 kat KL.Takde le buta huruf bila orang tanya nanti.

Malam ni plak aku sedang berjaga di teratak Azhar mencari bahan untuk present Bel nanti.Untuk Group nanti aku nak cakap pasal Bully and utk individual plak nak cakap pasal Clone...tapi macam susah je Clone ni...manyak istilah saintifik...

Minggu ni banyak gile keje yang nak disiapkan assgment ais,present bel,quiz maf,test2 far....fuhh letih..sebulan lagi dah nak final..pastu praktikel..denga cite list tempat kene keje dah kuar kat Tuan Haji..Maybe I'll go catch Tuan haji later on..Hope that he'll place me some place in Ipoh..Otherwise I have to stay in Shah Alam for the next 6 months.

Kepada sesiapa yang sedang mencari lagu untuk dilayan try this..

1.Winning Days-The Vines
2.Southern Girl-Incubus
3.Goodnight Moon-Shivaree


Kepada sesiapa yang mencari Dvd untuk dilayan try this

1.Maria Full of Grace
2.Kill Bill Vol 1 & 2
3.Freaky Friday