Monday, January 07, 2008

Pagi Yang Cerah

hari ini aku bgn pada jam 6.32 pagi dikejutkan oleh syakila

aku trus menuju ke bilek air dan membuang air kecil

ketika mahu flush aku mendapati button flush tersebut telah rosak

"cis bertuah punya punya said' detik hati ku

lalu, bingkas aku mendapatkan paip air dan mencurah ke arah lubang jamban untuk seketika bagi menghilangkan efek kuning tersebut

kemudian, aku menyempurnakan wuduk dan menunaikan solat subuh

setelah solat, aku perhatikan said masih terbungkang d tempat tidurnya..

aku bingkas meng 'on' kan komputer dan mencari album my chemical romance-the black parade

aku klik pada "play all" pada volume separuh penuh..

said terkejut dengan bunyi musik ganas tersebut dan bangun...

kemudian aku mengemaskan beg untuk ke pejabat

aku isikan hard disk, thumbdrive, kalendar zakat ke dalam beg

lantas, aku ke bilik air dan mandi sambil kedengaran musik my chemical romance

10 menit berlalu aku keluar dan bersiap...ku perhatikan 5 biji pasu dan teringat untuk menyiramnya

aku ke dapur dan suddenly faiz dgn nada suara yang mengantuk berkata " Wan, tutop pintu tuh"

aku agak hairan lalu terdetik "mayb muzik yang ku pasang terlalu kuat sehingga menggangu tidurnya"

aku tutup pintu biliknya dan meneruskan hasrat ku untuk menyiram pokok sebentar tadi

setelah menyiram pokok aku terus turun ke bawah dan menunggang motosikal

hari ini, aku mahu cuba menggunakan bulatan kg. pandan untuk ke NPE highway

seperti biasa, jalan sangat jammed tetapi masih adu ruang untuk mencilok-cilok

30 menit kemudian aku tiba di subang jaya

semasa melalui pejabat tanah daerah petaling..jam menunjukkan 8 pagi

"Masih awal lagi neh' detik hati kecilku

aku mem "parking' motorku d land opis dan menuju ke kafe nya

ku perhatikan jamal sedang beratur membeli sarapannya

niat awalku adalah untuk membungkus tetapi seteleh bertemu jamal aku tukar fikiran

aku lantas bergegas ke arah lautan makanan

"Boleh tahan juga makanan di sini" aku berfikir sendirian

Ku perhatikan sangat banyak juadah disediakan

"nasi lemak/ketiaw-mee-bihun goreng/bihun soup/roti canai/kuih-muih"

orang juga boleh tahan ramainya

aku mencapai senduk dan menyenduk separuh bihun dan separuh ketiaw, sambal ikan bilis sedikit dan telur mata dan air suam

setelah menikmati juadah bersama jamal/noorizan dan azmi

kami menuju ke opis apabila jam menunjukkan 830 pagi

sekian.........